fbpx

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City tawar pengalaman unik buat tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (empat kiri) bersama Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (lima dari kiri) berkenan mencemar duli hadir merasmikan Hotel DoubleTree by Hilton di i-City, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM- Rangkaian hotel mewah DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City bakal memberi pengalaman menarik buat para pengunjungnya ekoran kemudahan lengkap yang disediakan.

Pengurus Besar Hilton Bagi Cawangan Malaysia, Filipina, Sri Lanka dan Maldives, Jamie Mead berkata, kesemua 300  bilik termasuk suites yang terdapat di hotel tersebut mampu memberi kepuasan kepada pelanggannya.

Hotel tersebut menyediakan 12 bilik mesyuarat mewah bagi pelanggan yang mahu mengadakan mesyuarat atau perbincangan perniagaan masing-masing.

“Kesemua bilik ini menghadap pemandangan cantik di sekitar Shah Alam, pastinya ia akan memberi pengalaman percutian unik buat tetamu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah  yang berkenan melakukan upacara itu semalam.

Selain itu, Mead menerangkan, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City merupakan hotel ke-13 bagi rangkaian Hilton di negara ini.

Menurutnya, pihaknya akan terus mencari peluang bagi membuka lebih banyak cawangan hotel di negara ini serta seluruh dunia. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI