fbpx

Berhenti salahkan monyet sebagai punca penyakit cacar monyet – WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) menegaskan bahawa monyet tidak patut dipersalahkan berhubung wabak penyakit cacar monyet yang semakin menular sehingga mencetuskan amaran kesihatan global termasuk darurat kesihatan di Amerika Syarikat.

 

WHO mengeluarkan nasihat tersebut minggu ini susulan laporan beberapa serangan terhadap haiwan itu di Brazil.

 

Sekurang-kurangnya 10 ekor monyet telah diselamatkan pada minggu lalu di São José do Rio Preto dalam negeri São Paulo, Brazil selepas pihak berkuasa menemui tanda-tanda binatang itu diserang atau diracun,demikian menurut laman berita tempatan, G1.

 

Tujuh monyet itu mati tidak lama kemudian.

 

Polis di São Paulo sedang menyiasat kes tersebut dan menyatakan, mereka yang berlaku kejam terhadap haiwan boleh dihukum penjara antara tiga bulan hingga setahun.

 

“Di sebalik nama penyakit ini, risiko mendapat jangkitan cacar monyet semasa wabak ini menular adalah daripada manusia dan bukannya monyet,” kata jurucakap WHO, Margaret Harris pada satu sidang akhbar. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI