fbpx

Ayah sanggup kayuh basikal hantar, ambil anak dari sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan soerang ayah yang sedang membonceng anaknya untuk dibawa pulang ke rumah dari sekolah.

PETALING JAYA – Pengorbanan seorang ayah sanggup mengayuh basikal menghantar anak dan mengambil anaknya ke sekolah meruntun hati orang ramai.

Menerusi perkongsian Cik Puan Gojes di laman Facebook memaparkan seorang ayah berkorban mengayuh basikal sambil dibonceng anaknya di tengah panas mentari demi memberi pendidikan terbaik buat anak-anaknya.

“Besarnya, pengorbanan seorang ayah, sebak tengok pakcik ini ambil anak dari sekolah naik basikal sahaja, kaki si anak tiada tempat nak diletak jadi memang akan lenguh tergantung macam itu dan nak kena galas beg sekolah berat lagi.

“Ingatkan rumah mereka dekat dengan sekolah tetapi kami terserempak lagi dekat simpang lampu isyarat yang agak jauh, selepas kami terserempak kami pergi sekolah ambil anak sulung, pakaian pakcik tu pula seperti baru balik dari kerja,” tulisnya di dalam video berdurasi 50 saat itu.

Tambahnya, macam mana penatnya si ayah kerja, nak mengayuh basikal lagi, hantar dan ambil anak sekolah hari-hari, tidak terbayang kalau ada anak ramai yang lain.

Difahamkan lokasi kejadian di Mergong, Alor Setar, Kedah.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai bersimpati dan memohon doa agar semua urusannya dipermudahkan.

“Di hari Jumaat yang mulia ini, saya doakan semoga dimurahkan rezeki pakcik, dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi Allah, walau dimana pakcik berada, amin,” kata Zarra Soffia.

“Semoga Allah permudahkan urusan kehidupan pakcik ini dan ahli keluarganya serta jaga orang-orang yang membantunya,” tulis Shasha Mohamad.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenalik sebagai Tiada Nama memberitahu, dia berasa kagum dengan kehebatan lelaki itu.

“Sedangkan jemput anak tiga orang ulang alik dari sekolah ke rumah naik motosikal tiga kali pun saya dah rasa penat sangat. Inikan pula pakcik ini kayuh basikal, dapat rasa penat dia itu macam mana,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI