fbpx

AS batal penjarakan sosial, kuarantin kontak rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CDC tidak lagi mewajibkan peraturan penjarakan sosial yang diguna pakai semasa penularan Covid-19 selama dua tahun. - Getty Images

WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengumumkan pembatalan beberapa langkah pencegahan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) termasuk penjarakan sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Agensi kesihatan AS itu berkata, rakyat tidak lagi perlu berada pada jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara  satu sama lain. Menurut CDC, ini  kerana sekitar 95 peratus penduduk AS berumur 16 tahun dan ke atas telah memiliki imuniti terhadap konovirus sama ada daripada  vaksinasi, jangkitan atau kedua-duanya.

Panduan baharu itu juga menyatakan bahawa individu yang terdedah kepada virus Covid-19 tetapi tidak dijangkiti, tidak perlu menjalani kuarantin kendiri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Sebaliknya, CDC mengesyorkan mereka yang  terdedah kepada koronavirus supaya memakai pelitup muka selama 10 hari dan menjalani ujian saringan selepas lima hari.

CDC turut menamatkan saranan supaya pihak sekolah melakukan ujian saringan harian  terhadap ke atas pelajar masing-masing, namun langkah itu boleh dipraktikan semula sekiranya berlaku lonjakan kes.

Ia juga membatalkan saranan supaya pelajar yang dikenal pasti sebagai kontak rapat untuk menjalani kuarantin di rumah dan membenarkan mereka bersekolah seperti biasa selagi negatif keputusan ujian saringan.

Pelitup muka pula hanya disyorkan dipakai di kawasan di mana penularan komuniti dianggap tinggi atau jika seseorang berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk.

“Keadaan semasa wabak ini sangat berbeza berbanding dua tahun lepas,” kata Pengarang Garis Panduan CDC, Greta Massetti.

Menurutnya, mereka yang didapati positif perlu menjalani kuarantin selama lima hari sahaja, tanpa mengira status vaksinasi. 

Individu boleh menamatkan kuarantin sebaik sahaja kebah demam selama 24 jam tanpa menggunakan ubat dan jika tiada simptom atau simptom mereka semakin pulih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI