fbpx

Masih ada peniaga jual minyak masak 5kg lebih RM40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINJAUAN Kosmo! di Pulau Pinang juga mendapati masih terdapat penjualan minyak masak dalam kemasan botol 5kg melebihi harga siling iaitu RM34.70 sebotol.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengesan masih berlaku trend penjualan minyak masak botol lima kilogram (5kg) melebihi harga siling melibatkan beberapa premis di negeri ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan yang dilakukan pihaknya di pasar raya besar, pasar mini dan kedai runcit di daerah ini mendapati masih terdapat peniaga menjual minyak masak 5kg pada harga lama iaitu RM45.29.

Menurut beliau, tindakan itu jelas melanggar arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menetapkan harga siling RM34.70.

“Menerusi tinjauan itu, terdapat minyak masak botol 2kg dijual pada harga RM18.15 berbanding harga siling iaitu RM14.70.

“Pengusaha perniagaan terbabit memberi alasan mereka terpaksa menjual pada harga tinggi kerana perlu menghabiskan stok lama (yang dibeli dengan harga tinggi) sebelum keputusan penetapan harga siling dilaksanakan setiap bulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa agar tindakan lebih tegas diambil pihak berkuasa ke atas peniaga atau pengusaha tidak bertanggungjawab agar mereka tidak mengeksploitasi pengguna.

Sementara itu, injauan Kosmo! di beberapa pasar raya mini dan kedai runcit di sini mendapati memang berlaku penjualan harga tinggi bagi minyak masak botol 5kg.

Pengusaha-pengusaha terbabit dilihat masih menampal harga lama RM39.20 dan RM41.80 bagi dua jenama minyak masak di rak barangan keperluan utama itu.

Baru-baru ini, kerajaan memutuskan harga maksimum bagi minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi dalam botol 5kg ditetapkan pada harga RM34.70 berkuat kuasa 8 Ogos lalu. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI