fbpx

Ukraine mahu Barat sekat kemasukan rakyat Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zelenskyy menganggap sekatan yang dikenakan ke atas rejim Presiden Vladimir Putin ketika ini adalah terlalu lemah. – AFP

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendesak semua rakyat Russia disekat daripada memasuki negara-negara Barat, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut beliau, sekatan yang dikenakan terhadap rejim Presiden Vladimir Putin ketika ini adalah terlalu lemah.

“Tidak kira apa juga pendirian politik mereka, rakyat Russia perlu hidup terasing dalam dunia mereka sendiri sehingga negara itu mengubah falsafahnya,” kata Zelenskyy kepada akhbar The Washington Post.

Tidak dijelaskan mengenai jumlah penduduk Russia yang menentang perang  dengan Ukraine, namun Kremlin dikatakan cuba menghapuskan perbezaan pendapat menerusi beberapa langkah yang disifatkan Barat sebagai penindasan.

“Sekatan paling penting adalah dengan menutup sempadan kerana Russia merampas tanah hak orang lain,” tegas Zelenskyy.

Dalam pada itu, Moscow menyelar komen tersebut dan berkata, pemikiran tidak rasional Presiden Ukraine dalam isu itu sama sekali  tidak boleh diterima.

“Komen Zelenskyy  amat negatif. Sebarang cubaan untuk mengasingkan rakyat Russia atau negara ini adalah satu usaha yang tidak akan berlaku,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI