fbpx

Skuad B-19 muncul naib juara Piala Thanh Nien

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad B-19 negara tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Vietnam pada aksi final Piala Thanh Nien sebentar tadi.

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 (B-19) negara terpaksa akur muncul naib juara kejohanan jemputan Piala Thanh Nien selepas tewas kepada Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti 3-4 selepas kedudukan terikat 1-1 pada aksi final sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Binh Duong, Ho Chi Minh itu, skuad muda Harimau Malaya kendalian Hassan Sazali Waras itu terlebih dahulu dikejutkan dengan gol jaringan Nguyen Van Tu seawal minit ke-11.

Pasukan muda negara yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala AFF B-19 bulan lepas berusaha untuk bangkit tetapi keputusan 0-1 kekal pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, Hassan membuat rombakan di jentera serangan memasukkan pemain muda Sabah FC, Azhad Harraz Arman.

Situasi tersebut membuahkan hasil apabila jentera serangan negara dilihat lebih tajam dengan Azhad menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85.

Vietnam terdesak untuk memburu gol kemenangan tetapi gagal melakukan sebarang ancaman terhadap kubu negara sehingga wisel penamat ditiupkan.

Pada penentuan sepakan penalti, dua pemain negara, Muhammad Abu Khalil dan Izrin Ibrahim gagal menyudahkan tanggungjawab yang diberikan sekali gus menyaksikan skuad negara akur tewas dengan keputusan 3-4.

Misi skuad B-19 negara selepas ini adalah untuk mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia B-19 2023 yang akan berlangsung di Mongolia bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI