fbpx

Runcing sungguh wajah Min-young, sakit ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK MIN-YOUNG

AGAK lama aktres cantik Park Min-young tidak memuat naik sebarang hantaran dalam media sosialnya.

Terbaharu, wanita itu berkongsi gambar dalam Instagram bagi mempromosikan sebuah jenama kecantikan wanita.

Menarik perhatian ramai, rata-rata terkejut dengan wajah idola mereka itu yang kelihatan terlalu runcing seperti tidak sihat.

Melihat ruangan komen, netizen risau dan meninggalkan komen menanyakan status kesihatan Min-young.

“Kamu bagaimana sekarang? Adakah anda sihat? Kenapa wajah kamu agak berbeza dan kelihatan sedikit runcing?

“Min-young, tolong jaga kesihatan okey. Jangan pandang remeh soal kesihatan.

“Kamu tetap cantik di mata kami, namun tolong jangan abaikan kesihatan walau sesibuk manapun,” komen peminat berbaur gusar.

Sehingga kini, persoalan tersebut masih belum mendapat sebarang respons daripada tuan punya badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI