fbpx

Matta Fair Pulau Pinang sasar jualan RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HIN (lima dari kanan) bersama pemain industri pelancongan Pulau Pinang di Pejabat Matta Pulau Pinang, George Town di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Pulau Pinang menyasarkan jualan pakej pelancongan berjumlah RM20 juta pada MATTA Fair Pulau Pinang yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini pada 20 hingga 21 Ogos ini.

Pengerusi MATTA Pulau Pinang, Vergis Mathews berkata, sebanyak 158 ruang pameran yang mempromosikan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar Pulau Pinang bersedia untuk menemui pelanggan yang sedang mencari pakej pelancongan idaman masing-masing.

”MATTA Fair ini melibatkan wakil-wakil dari pelbagai negeri seperti Sabah, Pahang, Perak dan sebagainya selain dapat memberi banyak pilihan kepada orang ramai yang mencari tawaran dan pakej pelancongan.

“Pada tahun ini terdapat 158 ruang pameran dan kami menyasarkan jualan sehingga RM20 juta dengan lebih 70 peratus jualan dijangka disumbangkan oleh sektor pelancongan domestik,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Matta Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Vergis, sasaran jualan RM20 juta itu adalah berpatutan memandangkan permintaan tinggi dalam kalangan pelancong tempatan yang mahu keluar melancong di dalam serta luar negara selepas tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik Covid-19.

“Pada tahun 2019, jumlah jualan bagi MATTA Fair Pulau Pinang adalah RM25 juta, namun MATTA Fair terhenti selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

”Tahun ini orang ramai dapat kembali melancong dan kita jangka sekitar 30,000 hingga 35,000 orang akan berkunjung ke Matta Fair Pulau Pinang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI