fbpx

KPM teliti cadangan pinda Akta Pendidikan 1996

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Wacana Eksplorasi Dunia Pertanian di Dewan D MAHA 2022 hari ini. /FOTO FARIZ RUSADIO

SERDANG – Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti cadangan bagi pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk mewajibkan persekolahan sehingga ke tingkatan lima.

Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pelbagai perbincangan perlu dibuat terlebih dahulu ekoran pemindaan akta tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

“Dalam konteks ini, banyak perbincangan telah dibuat tentang perkara ini yang melibatkan pelbagai sudut.

“Namun begitu, banyak perkara juga yang perlu teliti daripada perspektif yang berbeza. Jadi, apabila kita bercakap tentang akta pendidikan ini, ia tak boleh dibuat sewenang-wenangnya,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Wacana sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) di sini hari ini.

Radzi berkata, sekiranya ingin meminda akta, ia perlu dilakukan dengan sebaiknya kerana apa-apa yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan.

“Sebab itu apabila kita dengar perbincangan di luar sana, kita memang sentiasa melihat apakah penambahbaikan yang boleh dibuat.

“Bagaimanapun, KPM akan lihat secara mendalam berkaitan dengan akta pendidikan dalam mengambil kira pelbagai aspek termasuk penguatkuasaannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI