fbpx

Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kambing biri-biri Ladoum dirakam semasa Hari Raya Aidiladha di sebuah kawasan kejiranan di Dakar pada 11 Ogos 2019. – AFP

DAKAR, Senegal – Kambing biri-biri baka Ladoum yang digelar sebagai ‘raja biri-biri’ di Senegal dianggap sebagai tanda prestij dan simbol status bagi penduduk negara Afrika itu dengan harga seekor dilaporkan boleh melebihi AS$85,000 (RM378,845), lapor laman berita Oddity Central kelmarin. 

Ladoum yang merupakan kacukan baka Touabire dari negara Mauritania dan Bali-Bali dari negara Mali itu kali pertama dibiakkan di luar ibu kota Dakar pada awal 1970-an.

Kambing Ladoum muda amat popular di negara Afrika Barat dengan sebilangan keluarga kaya dan penternak membelanjakan wang yang banyak untuk membelinya. 

Sesetengah penduduk dikatakan sanggup membelanjakan berpuluh-puluh ribu dolar untuk membeli seekor kambing biri-biri Ladoum walaupun kira-kira 40 peratus penduduknya hidup dengan pendapatan AS$1.90 (RM8.47) sehari.

Kualiti fizikal spesies tersebut tidak dapat dinafikan dengan saiz yang boleh mencapai ketinggian 1.2 meter pada bahu dan seberat 175 kilogram. Ia turut mempunyai bulu licin dengan tanduk bengkok yang panjang manakala dagingnya dikatakan amat lazat.

Sebilangan besar rakyat Senegal menganggap haiwan itu sebagai cantik dan megah. Mereka bahkan turut menonton pertandingan ‘ratu cantik’ biri-biri Ladoum di kaca televisyen selain mengikuti penternak popular di media sosial hanya untuk mengagumi haiwan tersebut.

“Berbanding semua benda yang menakjubkan di Senegal, kami menyukai binatang cantik. 

“Baka ini jarang ditemui dan sangat mahal kerana sesuatu yang sukar ditemui di dunia adalah mahal,” kata seorang penternak terkemuka,  Abou Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI