fbpx

Graduan perlu mengingati, hayati sejarah negara merdeka – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Majlis Konvokesyen Ke-17 dan 18 UniKL di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpesan kepada para graduan agar mengingati dan menghayati sejarah kemerdekaan negara.

Baginda bertitah, penghayatan sejarah adalah penting untuk membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara serta menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi sekarang.

“Penghayatan sejarah dapat menentukan sebuah tamadun tetap teguh dengan identiti nasional tersendiri walaupun berhadapan dengan pelbagai gelora kepesatan teknologi global tanpa sempadan.

“Penghayatan sejarah juga secara tidak langsung akan menjadikan kita lebih bijaksana di dalam membuat keputusan membina karakter dan sifat kepimpinan yang terpuji,” titah Baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-17 dan 18 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sesi bergambar selepas Majlis Konvokesyen Ke-17 dan 18 UniKL di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Seri Paduka Baginda bertitah, pembinaan bangsa akan dapat dicapai menerusi kefahaman dan penghayatan kepada sejarah negara.

“Generasi pewaris negara harus sentiasa menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah kerana manusia yang tidak belajar dari sejarah akan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali,” titah Baginda.

Sementara itu, Mahdzir Khalid berkata, UniKL berjaya mencatat kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 97.1 peratus pada 2021 dan 96.1 peratus pada 2020 walaupun situasi ekonomi global mencatatkan pertumbuhan negatif dalam tempoh itu.

Jelasnya, UniKL kini berada dalam kelompok 15 universiti terbaik Malaysia mengikut ranking universiti terbaik dunia yang diumumkan oleh Times Higher Education dan QS Universiti Ranking. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI