fbpx

Empat premis jual loteri haram dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Omar (dua dari kanan) melihat kakitangan TNB melakukan operasi pemotongan bekalan elektrik di premis yang menjalankan urusniaga loteri awam haram di Sitiawan hari ini.

LUMUT – Empat premis perniagaan yang terus berdegil menjual loteri awam secara tidak sah walaupun sudah diserbu beberapa kali sebelum ini, menerima padah apabila bekalan elektrik premis tersebut dipotong hari ini.

Semua premis tersebut yang berselindung di sebalik perniagaan kedai runcit dan menjual motosikal di Sitiawan dan Ayer Tawar dekat sini, pernah diserbu lebih tiga kali sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata premis terlibat didapati masih aktif menjalankan urusniaga loteri awam haram sejak dua tahun lalu walaupun pernah diserbu polis.

“Oleh itu, polis mengambil tindakan memotong bekalan elektrik supaya semua premis itu tidak lagi boleh melakukan aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui pada operasi pemotongan bekalan elektrik di premis perjudian haram di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nor Omar memaklumkan polis telah membuka 306 kertas siasatan kegiatan perjudian dengan 253 kes sudah didakwa di mahkamah manakala 14 premis pula dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik sepanjang tahun lalu.

Setakat 1 Januari lalu sehingga semalam pula, sebanyak 228 kertas siasatan telah dibuka dengan 140 sudah didakwa di mahkamah dan 58 kes masih dalam siasatan selain turut merampas wang tunai bernilai RM27,500. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI