fbpx

Denda, penjara tak jamin hapus mat rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi mat rempit dalam satu operasi di ibu kota. - Gambar hiasan

Lumba haram merupakan penyakit sosial yang sudah lama membarah di negara ini. Pantang ada jalan boleh berlumba, pasti akan dijadikan gelanggang untuk menguji motosikal siapa yang paling laju.

Elemen ketika hendak berlumba amat penting dari pemilihan rider atau joki hinggalah kepada ‘setting’ angin, minyak dan ekzos perlu tepat bagi membolehkan motosikal tak semput ketika bersaing.

Kebanyakan motosikal lumba haram pula menggunakan tayar sotong kerana ia lebih ringan dan meningkatkan kelajuan.

Rider yang berhati kering dan selalu menang menjadi pilihan popular untuk dijadikan joki. Aksi superman dan berani mengambil selekoh tanpa goyang bagi mengekalkan motosikal pada kelajuan maksimum menjadi salah satu kriteria untuk dipilih.

Seingat penulis, sejak berada di sekolah kebangsaan pada pertengahan 80-an sehingga sekarang, aktiviti untuk menangani lumba haram ini tidak pernah selesai.

Ketika itu, motosikal yang sering digunakan untuk berlumba ialah Yamaha RXZ, Suzuki Panther, Yamaha TZM, Honda EX5, Suzuki RG Sports dan lain-lain.

Hadiah wang pertaruhan kepada pemenang menjadi umpan utama kepada aktiviti ini. Lebih banyak seseorang itu melabur untuk joki itu, lebih banyak peratusan keuntungan yang dia akan dapat. Wang dibahagikan pula kepada beberapa pihak seperti joki, ‘pelabur’ dan mekanik.

Bagaimanapun, kelmarin Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak memberi harapan kepada kita untuk melihat agar aktiviti merempit di negara ini semakin berkurangan menjadi kenyataan.

Beliau menyatakan bahawa pihak kementerian akan meminda Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 agar mereka yang terlibat dengan aktiviti lumba haram akan dikenakan denda sehingga RM10,000 dan dihukum penjara.

Lebih tegas apabila ibu bapa kepada remaja berusia 18 tahun ke bawah yang terlibat dalam lumba haram termasuk penonton juga akan diheret ke mahkamah.

Jika terlepas ketika berlumba, mereka yang dirakam ketika merempit akan ditangkap pada hari lain.

Kelihatan pindaan itu amat tegas dan keras. Penulis menyokong usaha kerajaan untuk membendung aktiviti tersebut kerana ia membahayakan nyawa.

Namun, naluri manusia itu selalunya bertentangan. Makin kita halang, makin mereka mahu lakukan.

Sudah menjadi kebiasaan apabila kebanyakan orang tidak suka mengambil pusing walaupun apa hukumannya.

Buktinya hukuman gantung untuk pengedar dadah. Walaupun kita sudah tahu akibatnya, ramai juga individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Kesalahan membunuh juga sama. Bergaduh, menipu, merompak dan menyamun bersenjata menyediakan hukuman berat tetapi masih ada orang yang terlibat.

Jadilah kita seperti lagu Bangau oh Bangau yang sering menyalahkan orang lain. Sampai bila-bila pun tak pernah habis. Agaknya perlu disediakan litar lumba bagi mat rempit ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI