fbpx

Cari 2 nelayan hilang dalam rangka bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bot nelayan yang karam di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus pada kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini diteruskan dengan kekuatan enam penyelam bagi mencari dua nelayan yang dipercayai hilang sejak Isnin lalu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, mereka ditugaskan untuk melakukan selaman untuk memasuki rangka bot nelayan yang karam di dasar perairan Pulau Redang, Kuala Nerus.

Beliau berkata, ia bagi memastikan kemungkinan dua lagi mangsa yang masih hilang telah terperangkap di dalam bot berkenaan.

“Enam penyelam berkenaan telah bergerak ke lokasi kejadian dengan menaiki Kapal Maritim Bagahak pada pukul 7 pagi.

“Selain itu, sektor pencarian turut telah diperluaskan kepada 169.4 batu nautika persegi,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, seramai 77 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dua nelayan berkenaan iaitu Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49.

Kosmo! hari ini melaporkan lima nelayan dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam akibat dipukul ribut pada pukul 10 malam, Isnin lalu.

Pasukan SAR kemudiannya menemui tiga mayat nelayan terbabit iaitu Mohd Nazri Abu Bakar, 48; Zulkifli Umar, 48, dan Saludin Ismail, 50; boya unjam kira-kira 15 kilometer dari lokasi bot mereka dilaporkan karam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI