fbpx

6 buruh paksa kilang simen diselamatkan, 4 ejen dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buruh paksa (kiri) yang diselamatkan polis

KLANG – Derita enam warga asing termasuk tiga wanita yang dieksploitasi menjadi buruh paksa sebuah kilang simen di Kampung Sungai Udang di sini berakhir, selepas diselamatkan kelmarin.

Kesemua mangsa berusia 24 hingga 44 tahun diselamatkan hasil serbuan kira-kira pukul 6.30 petang oleh Bahagian (D3) Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Klang Selatan.

Turut ditangkap dalam serbuan adalah empat ejen termasuk dua daripada warga asing berusia 38 hingga 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan dijalankan mendapati kesemua mangsa terdedah eksploitasi kerja paksa di kilang simen itu oleh pihak ejen pekerjaan.

Katanya, pihak ejen disyaki telah menguruskan pekerjaan dan mengawal pembayaran gaji kepada kesemua mangsa itu.

“Mangsa telah dijanjikan pekerjaan di kilang dengan tawaran gaji yang lumayan semasa berada di negara asal.

“Selepas tiba di Malaysia, kos perjalanan dan pasport telah dipotong dari gaji setiap bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong memberitahu, pasport kesemua mangsa juga ditahan pihak ejen dan tiada permit kerja yang sah seperti dijanjikan ejen semasa di negara asal.

Tambah beliau, mangsa-mangsa juga disyaki telah dipaksa kerja lebih masa untuk membayar balik segala kos perjalanan dan pasport.

“Polis turut merampas 20 pasport dan wang tunai sebanyak RM 13,600 yang dipercayai gaji pekerja.

“Kesemua suspek kini direman selama enam hari sehingga 15 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2017 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI