fbpx

Tiga mayat nelayan hilang ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu mayat nelayan yang dijumpai di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tiga mayat nelayan yang lemas selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus pada kelmarin dijumpai pasukan mencari dan menyelamat sebentar tadi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, ketiga-tiga mayat mangsa tersebut ditemui pada pukul 3 petang.

Bot yang dinaiki nelayan yang karam

“Berdasarkan maklumat awal, tiga mayat itu dikatakan tersangkut pada sebuah boya unjam kira-kira 15 kilometer (km) dari lokasi bot mereka dilaporkan karam.

“Identiti ketiga-tiga mayat mangsa yang dijumpai telah disahkan ialah Mohd. Nazri Abu Bakar, 48; Zulkifli Umar, 48; dan Saludin Ismail, 50,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, setakat ini, dua lagi mangsa iaitu Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, dan Ahmad Zamri Ishak, 66, masih hilang.

Beliau berkata, usaha untuk membawa tiga mayat mangsa berkenaan ke Jeti Maritim Terengganu di sini sedang dilakukan dengan menggunakan aset APMM.

Kosmo! hari ini melaporkan lima nelayan termasuk seorang tekong hilang selepas bot dinaiki mereka dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan karam pada pukul 10 malam kelmarin.

Bot itu dikatakan karam akibat dipukul ribut pada kedudukan 10 batu nautika dari Pulau Redang.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI