fbpx

Thinaah tidak kesal tukar kategori beregu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THINAAH (kiri) dan Pearly meraih pingat emas ketujuh negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 kelmarin.

KEPUTUSAN M. Thinaah beralih acara perseorangan kepada beregu wanita tiga tahun lalu dianggap satu keputusan tepat apabila pemain berusia 24 tahun itu berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 kelmarin.

Semenjak Thinaah digandingkan bersama Pearly Tan pada April 2019, pasangan negara itu terus mempamerkan prestasi cemerlang dan melakukan kejutan di Birmingham apabila menumbangkan pasangan tuan rumah, Chloe Birch-Lauren Smith, 21-5, 21-8 dalam tempoh 33 minit.

Kemenangan itu sekali gus membantu Kontinjen Malaysia melepasi sasaran enam emas selepas beregu wanita negara itu menghadiahkan emas ketujuh negara.

Lebih manis, Pearly dan Thinaah meneruskan legasi Malaysia dalam acara itu apabila menjadi wakil kelima Malaysia yang pernah memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel selepas Ang Li Pek-Lim Pek Siah (2002 Manchester), Chin Eei Hui-Wong Pei Tty (2006 Melbourne), Vivian Hoo-Woon Khe Wei (2004 Glasgow) dan Lee Meng Yean-Vivian Hoo (2018 Gold Coast).

“Saya langsung tidak pernah memikirkan saat ini ketika membuat keputusan beralih daripada acara perseorangan kepada beregu wanita, malahan tidak pernah menyangka akan dapat beraksi di saingan ini.

“Dari awal lagi memang saya dan Pearly letakkan misi untuk meraih emas tetapi kami enggan letakkan tekanan tinggi.

“Kami sebenarnya hampir hilang keyakinan ketika aksi suku akhir menentang wakil Singapura, namun kami berbincang dengan jurulatih dan memberikan nasihat bagus untuk kami bangkit di peringkat separuh akhir,” kata Thinaah.

Selepas ini pasangan negara akan bersiap sedia untuk menghadapi Kejohanan Badminton Dunia yang bakal berlangsung di Tokyo pada 21 hingga 28 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI