fbpx

Telur bukan punca sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pengambilan telur dalam menu makanan harian bukanlah punca sakit jantung, malah menu itu sebenarnya boleh mengurangkan risiko kepada penyakit tersebut.

Mendedahkan perkara itu, Dr. Norman Mohd. Norawi berkata, sebenarnya telur mempunyai khasiat yang tersendiri dan dia sendiri mengambil telur sehingga lima biji sehari sejak lebih 15 tahun lalu.

Katanya, khasiat pertama telur adalah ia mempunyai bahan seperti beta karotin, vitamin, mineral boleh melawan keradangan iaitu salah satu punca serangan sakit jantung.

“Kedua, dalam telur juga mempunyai bahan seperti L-Arginine yang boleh menghasilkan Nitric Oxcide. Bahan ini penting untuk mengekalkan keterbukaan saluran darah supaya ia sentiasa berkembang.

“Jika Nitric Oxcide ini kurang dalam tubuh kita, saluran darah akan jadi sempit dan ia akan meningkatkan risiko serangan jantung,”katanya di laman Facebook.

Norman menambah, telur juga mempunyai protein dan lemak tepu yang sihat iaitu bagus untuk kesihatan jantung.

Tambahnya, dalam telur juga ada kolestrol yang baik untuk menyeimbangkan hormon kita selain membantu menurunkan glukosa dalam darah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan kajian, negara yang banyak mengamalkan makan telur adalah Jepun dan negara itu juga telah mencatatkan kadar paling rendah sakit jantung dalam dunia.

“Itu adalah bukti jelas bahawa makan telur bukan punca sakit jantung. Jadi kalau anda hendak jantung sihat amalkan makan telur setiap hari.

“Tidak kira berapa biji pun, saya sendiri amalkan sehingga lima biji sehari sejak 15 tahun lalu. Pemakanan sihat dan ilmu yang betul adalah penting untuk kesihatan yang terbaik,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI