fbpx

Tambah anggota pasukan elit MUST bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab menyempurnakan pentauliahan kepada 46 anggota di Pantai Acheh, Pulau Indah, Klang. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menambah jumlah keanggotaan dalam pasukan elitnya iaitu Pasukan Multi Skill (MUST) dalam membantu operasi penyelamatan di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, ketika ini terdapat seramai 516 anggota dalam MUST di seluruh negara dengan Selangor memiliki 46 anggota daripada jumlah tersebut.

Katanya, MUST yang ditubuhkan pada 1998 antara pasukan terawal diwujudkan sebelum Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Justeru beberapa buah negeri akan menjalankan ujian ke atas anggotanya dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Ini meliputi ujian menyelamat di air, ujian survival di dalam hutan serta fizikal dengan tempoh ujian ini adalah selama 21 hari,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis pentauliahan kepada 46 anggota Pasukan MUST bomba Selangor di Pantai Acheh, Pulau Indah, di sini.

Abdul Wahab menegaskan antara kelebihan pasukan MUST adalah mereka menjadi pembantu utama kepada pasukan Unit Udara JBPM dalam pengendalian jentera udara milik bomba. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI