fbpx

Suami rentung, isteri melecur rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah didiami pasangan warga emas di Kampung Kesang Laut, Tangkak yang musnah dalam kebakaran malam semalam.

TANGKAK – Seorang warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Kesang Laut, Kampung Kesang Laut, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ab. Karim Md. Aroff, 93.

Manakala isterinya, Jibah Md. Hussin, 87, melecur 30 peratus pada anggota badan.

Menurut Komander Operasi diketuai Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.08 malam.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah jenis separuh kekal.

“Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam sebelum PKO tiba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI