fbpx

Rokok seludup bernilai RM7.35 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halim (kiri dari depan) menunjukkan rampasan rokok seludup pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Kastam Bagan Jermal, Butterworth di sini hari ini. IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 10.2 juta batang rokok putih tidak berkastam dianggarkan bernilai lebih RM7.35 juta termasuk nilai cukai dalam operasi di Pelabuhan Klang, Selangor pada 1 Ogos lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Halim Ramli berkata, pihaknya menahan sebuah kontena di pelabuhan terbabit kira-kira pukul 1.10 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rapi pihaknya telah menemui sejumlah 1,021 ‘MasterCase’ rokok putih disyaki tidak berkastam bersamaan dengan 10.2 juta batang rokok melibatkan nilai anggaran RM816,000 dan cukai berjumlah RM6,542.568.

“Kita mengesyaki barangan dagangan ini berasal dari salah sebuah negara di Asia Timur.

“Siasatan awal mendapati kontena terbabit dikendalikan sebuah syarikat perkapalan yang mempunyai cawangan di Pelabuhan Klang dan diimport syarikat berstatus sendirian berhad di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Kastam Bagan Jermal di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, modus operandi yang digunakan penyeludup adalah dengan mengisytiharkan kontena terbabit sebagai kargo cendawan tin untuk mengelak daripada dikenakan duti cukai yang tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI