fbpx

Pendakwah ‘basuh’ wanita kecewa menantu tidak capai piawaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita bertudung kuning (kanan) meluahkan perasaan kepada Mamah Dedeh (kiri) kerana mendapat menantu yang pada pandangannya tidak sempurna. - Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi tular apabila pertanyaannya mengenai menantu bukan pilihan dijawab oleh pendakwah popular negara itu, Mamah Dedeh, lapor laman berita Wolipop, hari ini.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di Instagram @nyinyir_update_official, seorang wanita meminta pandangan Mamah Dedeh berkenaan menantunya.

“Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baharu.

“Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai untuk anak saya,” luah wanita berkenaan.

Mamah Dedah menjawab pertanyaan tersebut dengan tenang dan sangat memberi impak kepada semua pendengar.

“Kita harus memahami peribahasa ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Jika anda mengharapkan bertemu calon menantu sesempurna seperti dalam bayangan anda, sehingga kiamat tidak akan berjumpa orang seperti itu.

“Ada pepatah yang mengatakan ‘Insaan Mahalul Khatha wan Nisyaan’ yang bermaksud ‘manusia itu tempatnya adalah salah dan lupa’. Jangan terlalu cepat menghukum si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu.

“Adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengharapkan yang sama?” jawab Mamad Dedeh. 

Sehingga kini, klip video itu telah mendapat lebih 13 ribu tontonan pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI