fbpx

Marcella Simon keluar Islam, kembali jadi Kristian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCELLA SIMON kini kembali menganut agama Kristian.

PELAKON jelita Marcella Simon membikin kejutan hebat apabila dikatakan telah murtad selepas keluar daripada Islam dan kembali memeluk agama asalnya iaitu Kristian.

Pelakon berusia 32 tahun itu dikatakan telah kembali memeluk Kristian pada 5 Ogos lalu melalui satu upacara keagamaan yang dijalankan oleh seorang paderi.

Ketika membalas komen rakan selebriti, Samuel Zylgwyn, bintang sinetron berjudul Safira itu memberitahu sejak memeluk Islam sekitar tiga tahun lalu, dia hampir membunuh diri kerana mengalami masalah mental.

“Selepas tiga tahun saya hampir menemui ajal,” katanya.

Pendedahan Marcella telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat, ada yang menyokong dan ada juga yang mengkritik tindakannya kerana dianggap seolah-olah mempermainkan agama.

“Semoga dia gembira dengan pilihannya (agama) sekarang. Jangan jadi mualaf lagi selepas ini,” kata peminat.

“Ini bermaksud iman di hatinya masih belum kukuh. Kita doakan saja yang terbaik untuk Marcella,” kata seorang lagi peminatnya.

Terdahulu, pelakon yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan Marshanda itu telah memeluk agama Islam pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI