fbpx

Mahkamah: Harga pasaran 2 lot tanah di Bandar Tanjung Pinang RM300j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO : MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, harga pasaran bagi dua lot tanah di Seksyen 1, Bandar Tanjung Pinang, Pulau Pinang yang dinilai di antara tahun 2013 dan 2016, mencecah RM300 juta.

Hartanah yang dinilai oleh sebuah syarikat swasta itu jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran yang dicadangkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Pulau Pinang iaitu mencecah RM80 juta bagi kedua-dua lot.

Tan Gaik Eng, 71, berkata, syarikatnya G.E Tan Valuers Sdn. Bhd. (GETVSB) membuat penilaian tersebut hasil permohonan yang dikemukakan oleh Ewein Land Sdn. Bhd. (ELSB).

ELSB dimiliki Datuk Ewe Swee Kheng yang ditemukan maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium mewah di Pulau Pinang sekitar Oktober 2021. Mendiang tersenarai sebagai saksi pendakwaan ke-15 perbicaraan itu.

Mahkamah sebelum ini diberitahu, Lot 702 itu kemudian ditambak untuk membangunkan projek `City of Dreams’ terletak di Tanjong Tokong.

Gaik Eng yang juga Pengarah GETVSB berkata, pihaknya mencadangkan harga pasaran bagi Lot 702 sebanyak RM135 juta manakala Lot 713 bernilai RM165 juta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI