fbpx

EPL: Liverpool tawar pemain pujuk Inter Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BROZOVIC (kiri) dilihat calon yang sesuai untuk Liverpool ketika mereka dilanda krisis kecederaan pemain tengah ketika ini. – AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan bersedia menawarkan salah seorang daripada dua pemainnya sama ada Naby Keita ataupun Roberto Firmino kepada Inter Milan untuk mendapatkan Marcelo Brozovic.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu ketika ini berdepan isu kecederaan beberapa pemain termasuk yang terbaharu melibatkan Thiago Alcantara ketika aksi pembukaan menentang Fulham Sabtu lalu.

Isu kecederaan terutama melibatkan pemain di posisi tengah melibatkan Alex Oxlade-Chamberlain dan Curtis Jones meresahkan Klopp menyebabkan Liverpool perlu mendapatkan pemain baharu sebagai soko­ngan.

Bagaimanapun, Inter dilaporkan tidak bersedia melepaskan Brozovic biarpun pasukan pemantau The Reds menyediakan laporkan bahawa pemain tersebut sesuai untuk beraksi bersama kelab itu.

Situasi itu menyebabkan Li­verpool cuba untuk mengubah pendirian Inter dengan menawarkan dua pemain mereka ke­rana ia mungkin akan menyebabkan gergasi Serie A itu tertarik dengan tawaran diberikan.

Brozovic menyertai Inter dari Dinamo Zagreb pada 2015 dan sepanjang tujuh musim di San Siro, dia telah beraksi dalam 290 perlawanan melibatkan semua kejohanan dan telah meledak 28 gol buat The Nerrazurri.

Pemain antarabangsa Croatia itu telah menandatangani kontrak baharu bersama Inter awal tahun ini yang menyaksikan dia akan terus kekal bersama pasukan itu sehingga 2026.

Situasi itu menyebabkan Li­verpool bakal berdepan cabaran besar untuk mendapatkan Brozovic apabila pertukaran pemain itu mungkin hanya menjadi sebahagian daripada terma, tetapi mereka tetap perlu mengeluarkan wang tunai yang banyak untuk benar-benar membuatkan Inter berminat dan bersetuju. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI