fbpx

Lionel Messi, Barcelona mulakan rundingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI hanya memiliki kontrak sehingga penghujung musim ini di PSG dan dijangka kembali semula ke Camp Nou. – AFP

PARIS – Penyerang sensasi Pa­ris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi dilaporkan sudah mula melakukan perbincangan untuk kembali ke pangkuan bekas kelabnya, Barcelona apabila kontraknya berakhir pada penghujung musim ini.

Difahamkan, Messi telah mengadakan pertemuan de­ngan Presiden Barcelona, Joan Laporta yang turut dihadiri oleh ejen peribadi yang juga bapa kan­dungnya, Jorge Messi.

Kontrak Messi bersama PSG bakal berakhir pada Jun tahun depan, tetapi kelab gergasi Ligue 1 itu memiliki klausa untuk menyambung kontrak tersebut secara automatik sehingga 2024 bergantung dengan prestasi penyerang antarabangsa Argentina itu musim ini.

Meskipun bakal berusia 36 tahun pada 2023, Messi mengakui masih berminat untuk beraksi di peringkat tertinggi dengan sasaran utamanya adalah untuk kembali berbakti di Camp Nou setelah dilepaskan secara percuma tahun lalu.

Sementara itu, Laporta pula tidak mempunyai masalah untuk membuka pintu kembali buat Messi selepas rasa bersalah dengan apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan tahun lalu apabila gagal menawarkan kontrak baharu buatnya.

Antara pilihan lain, Messi turut dilaporkan mendapat tawaran awal daripada kelab Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami yang dimiliki oleh legenda bola sepak England, David Beckham.

Sebagai rekod, kelibat Messi bersama PSG pada saingan musim lalu telah dikritik hebat apabila gagal memberikan prestasi yang diharapkan, tetapi berjaya bangkit dengan penyudah berbisa pada kempen musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN