SEGAMAT – Seorang lelaki tempatan ditemui mati di dalam rumahnya di Buloh Kasap di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.15 pagi.
Menurut beliau, selepas polis tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an didapati dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaaan mendapati lelaki itu sudah meninggal dunia berdasarkan keadaan badannya yang kejang.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barangan peribadi si mati seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE