fbpx

Lakukan kawalan kendiri elak tonton kandungan ‘ekstrem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menasihatkan pengguna membuat kawalan kendiri berdasarkan klasifikasi kesesuaian umur (13 tahun dan ke atas, 16 tahun dan ke atas, 18 tahun dan ke atas) dan sinopsis maklumat berkenaan kandungan rancangan atau program yang ditonton.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna temasuklah langganan kepada perkhidmatan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, tumpuan terarah kepada usaha melaksanakan program advokasi bagi menggalakkan pengguna melakukan kawalan kendiri dalam memastikan wujudnya kematangan dalam pemilihan rancangan atau program yang mahu ditonton dalam platform OTT (Over-The-Top).

“Tambahan pula, perkhidmatan OTT seperti Netflix ini tidak seperti perkhidmatan penyiaran awam dan swasta di dalam negara yang tertakluk pada rangka kerja pelesenan dan tapisan di bawah perundangan sedia ada,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Yahaya mengenai pendirian KKMM mengawal kandungan program yang disiarkan di platform penstriman seperti Netflix bagi mengelakkan budaya tidak sihat terus menular dalam masyarakat.

Katanya, ibu bapa atau penjaga adalah digalakkan untuk melaksanakan kawalan dengan meletakkan pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah untuk memastikan anak-anak di bawah umur tidak dapat mengakses semua kandungan yang tidak sesuai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI