fbpx

Budak sembilan tahun macam bayi selepas diserang kuman Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan Ameer Syafiq ketika dirawat di hospital kerana jangkitan kuman pada selaput otak selepas lahirkan dalam keadaan pramatang.

KOTA TINGGI – Seorang ibu pasrah apabila anak bongsunya yang sudah berusia sembilan tahun perlu diasuh dan dijaga se­perti bayi kerana tidak membesar seperti kanak-kanak lain ekoran menghidap masalah jangkitan kuman pada selaput otaknya sejak kecil.

Kamellia Kamaruddin, 40, berkata, anaknya, Ameer Syafiq Ramadhan Mohd. Jaizi disahkan menghidap penyakit itu selepas 10 hari dilahirkan dalam keadaan pramatang.

Katanya, anaknya mempu­nyai kembar tidak seiras dan lahir secara normal selepas kakaknya, Auni Sofea Ramadhani.

“Bagaimanapun, selepas 10 hari, Ameer Syafiq diserang sa­wan dan dijangkiti kuman jenis Elizabeth Kenya. Kakaknya tiada pula masalah dan bersekolah seperti kanak-kanak lain.

“Pada mula, doktor maklumkan anak saya tiada harapan, namun usianya panjang dan hanya terbaring seperti bayi berusia tiga bulan. Kami semua sayang kepadanya,” katanya ketika ditemui di Felda Air Tawar 2 di sini baru-baru ini.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu berkata, Ameer Syafiq telah lima kali dibedah di kepala selain terpaksa dimasukkan ke wad Hospital Selayang, Selangor sehingga usianya berusia enam bulan sebelum ini.

Tambahnya, kuman itu dikesan selepas doktor mengambil air tulang belakang anaknya sebelum ia mati sepenuhnya setelah diberi antibiotik selama dua bulan.

“Doktor maklumkan, kes anak saya ini kali kedua berlaku. Kes pertama mereka tidak sempat merawat kerana kuman itu sa­ngat ganas dan terus serang otak dalam sehari,” katanya.

Ujar guru itu, dia memerlukan banyak wang untuk berjumpa pelbagai pakar sebagai rawatan susulan dan kos ulang-alik ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru menelan belanja lebih RM1,000 termasuk susu dan lampin.

“Ketika ini, anak menunjukkan perkembangan positif akibat mengalami left middle lobe pnemonia. Bantuan oksigen juga sudah dikurangkan tetapi banyak kahak kena disedut dan perlu beli mesin di rumah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Kamellia di 157157749402 untuk meringankan beban keluarga berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI