fbpx

Kabinet gesa SPRM segerakan siasatan LCS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
menyegerakan siasatan isu berkaitan Littoral Combat Ship (LCS) seterusnya membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan begitu memandang serius isu LCS yang sedang dalam siasatan SPRM dan mahu pendakwaan dilakukan jika ada bukti kukuh.

“Perkara itu dibincangkan secara terperinci dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dengan memutuskan untuk menggesa SPRM menyegerakan siasatan dan sekiranya terdapat bukti kukuh, Peguam Negara hendaklah membuat pendakwaan agar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

“Saya telah memanggil Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas Mesyuarat Jemaah Menteri untuk segera bertindak selaras dengan keputusan mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Ismail Sabri berkata, pada masa sama, mesyuarat membuat keputusan agar Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dibenarkan untuk siaran umum.

“Jemaah Menteri juga mencadangkan supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan (declassify), namun proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara serta Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

“Keputusan Jemaah Menteri hari ini tidak akan menggangu Proses Mobilisasi di bawah Pelan Pemulihan LCS yang diputuskan Jemaah Menteri pada 20 April 2022,” ujarnya.

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan akan meneruskan projek tersebut atas kepentingan pertahanan
negara selaras dengan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Saya bagi pihak kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan berhubung isu itu dijalankan dengan telus dan tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI