fbpx

JPJ kesan iklan lesen terbang di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tidak perlu ambil ujian memandu, tetapi lesen memandu diperolehi dalam tempoh tiga hari.

Itu antara kandungan sebuah iklan palsu lesen memandu yang ditawarkan sindiket lesen terbang yang kini aktif di laman Instagram.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan tawaran iklan lesen memandu itu dan mengesahkan ianya palsu.

“Iklan palsu yang dikesan di Instagram itu didapati menawarkan khidmat lesen memandu tanpa ujian komputer dan boleh diperoleh hanya dalam tempoh tiga hari.

“JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya tadi.

Katanya, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di pautan iklan palsu itu mendapati, akaun laman sosial berkenaan masih aktif dengan perkongsian terakhir dikesan 24 jam yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI