fbpx

Hujan lebat, ribut petir di tiga negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di tiga buah negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri yang terlibat adalah Johor, Sarawak dan Sabah.

“Bagi negeri Johor ia melibatkan daerah Mersing dan Kota Tinggi, manakala bagi Sarawak pula ia membabitkan kawasan Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

“Di Sabah antara kawasan terjejas adalah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),”ujar MetMalaysia di laman Facebook.

Jelas MetMalaysia, keadaan cuaca tersebut akan berlarutan sehingga pukul 7 petang nanti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI