fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Negeri Sembilan, Melaka pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca tersebut akan berterusan sehingga pukul 11 pagi nanti.

“Di Negeri Sembilan ia melibatkan kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Melaka ia membabitkan daerah Alor Gajah,” ujar MetMalaysia.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI