fbpx

Glazer harus segera lepaskan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROTES anti-Glazer terus konsisten dalam kalangan penyokong United yang mahu pemilik kelab itu menjual pegangan saham mereka. – AGENSI

MANCHESTER – Bekas tonggak Manchester United, Gary Neville jelas berang dengan situasi semasa pasukan dan menuntut keluarga Glazer supaya segera melepaskan pegangan saham dalam kelab itu.

Penyokong The Red Devils juga pernah menyatakan gesaan sama, malah Neville merasakan pemilik kelab itu harus bertanggungjawab dan kini sudah tiba masanya untuk keluarga Glazer meninggalkan Old Trafford.

“Orang yang berada ‘di atas’ Erik Ten Hag patutnya tahu situa­si ini tidak boleh diterima dan diserahkan kepada jurulatih semata-mata. Jurulatih memerlukan masa dan saya tidak akan memberikan tumpuan khusus kepada jurulatih atau pemain.

“Jika ada individu yang tidak boleh melaksanakan tugasnya, adalah lebih baik untuk kita ­singkirkannya. Menjadi satu kesalahan jika kita terus kekalkan khidmat individu berkenaan.

“Sudah tiba masanya untuk Glazer menjual kelab ini. Manchester United kini menjadi pa­sukan yang dianggap mudah untuk dihadapi dan situasi ini agak membimbangkan,” katanya.

Keluarga Glazer mula menjadi pemilik United pada 2005 dan situasi kini sekarang bertambah parah sehinggakan ma­kin ramai pemain yang enggan menyertai pasukan pada sesi perpindahan kali ini.

Neville nyata menjadi individu pertama yang mengecam kegagalan United untuk mendapatkan pemain yang diingini.

“Saya juga bimbang de­ngan cara kelab dalam me­ngendalikan pembelian pemain. Jurulatih yang dibawa masuk memiliki pencapaian agak baik, namun dia tidak dibekalkan dengan kelengkapan yang dimahukan untuk pasukan menjadi lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI