PETALING JAYA – Pengguna aplikasi WhatsApp kini boleh keluar dari ‘group’ atau kumpulan yang mereka tidak sukai tanpa dapat dikesan oleh mana-mana ahli yang lain.
Sebaik meninggalkan ‘group’, tiada lagi notifikasi berkenaan anda dipaparkan dalam ruang sembang dan notifikasi hanya akan diterima kepada pentadbir WhatsApp Group Sahaja.
Bagaimanapun untuk mendapatkan ciri baharu tersebut, pengguna perlu mengemas kini terlebih dahulu aplikasi berkenaan menerusi Google Play Store dan App Store.
Menurut pengendali aplikasi berkenaan, ciri terbaharu ini adalah tiga privasi baharu yang diperkenalkan WhatsApp dalam usaha melindungi privasi pengguna mereka.
Selain ciri tersebut, kemas kini terbaharu aplikasi itu juga membolehkan pengguna menetapkan siapa yang boleh dan tidak boleh melihat status dalam talian.
“Ciri ini boleh digunakan sekiranya seseorang tidak mahu diganggu dan hanya inginkan masa bersendirian atau memberi fokus pada kerja,”ujarnya.
Ciri ketiga pula adalah pengguna boleh menghalang kemampuan screenshot pada ciri mesej ‘View Once’.
Ini bermakna setiap kali anda menghantar imej kepada sesiapa dalam mode View Once, maka penerima tidak boleh melakukan screenshot dan fail media tersebut akan terus terpadam secara automatik.
Antara ciri menarik lain yang turut ditawarkan oleh WhatsApp adalah kebolehan memindahkan data WhatsApp Android ke iOS.-KOSMO! ONLINE