fbpx

Bakar khemah kuil sebab ditegur kerap melepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agus Salim (tengah) menunjukkan barangan yang ditemui di lokasi kejadian.

SABAK BERNAM – Berang ditegur kerap melepak membuatkan tiga remaja lelaki bertindak membakar khemah di sebuah kuil di Taman Pertama di sini, baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu melakukan perbuatan khianat berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi, 30 Julai lalu sebelum ditangkap sehari kemudian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian khianat dengan api tersebut.

Katanya, khemah yang dibakar itu dipasang bersama peralatan lain bagi program pencegahan jenayah anjuran persatuan penduduk setempat.

“Siasatan kemudian membawa kepada penahanan tiga remaja lelaki yang disyaki melakukan perbuatan itu pada awal pagi.

“Mereka dipercayai menggunakan botol berisi petrol untuk membakar khemah itu kerana tidak berpuas hati ditegur kerap melepak di kawasan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI