fbpx

Bahasa cinta Chungha untuk ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUNGHA

DI sebalik popularitinya, kehidupan penyanyi Chungha juga ada pasang surut dan kesukaran memandangkan dia dibesarkan sendirian oleh ibunya.

Menghargai segala jasa dan pengorbanan ibu tercinta, kisah Chungha sebagai anak yang baik selalu mendapat perhatian umum.

Dedah penyanyi itu, dia pernah melangsaikan semua hutang ibunya dan membeli sebuah kediaman untuk wanita itu.

“Saya bayar hutangnya dan belikan dia rumah walaupun kecil. Saya juga belikan dia sebuah kereta baharu.

“Tetapi perkara yang paling buatkan dia gembira adalah ketika saya melancarkan sebuah album. Ada sebuah lagu yang liriknya saya tulis khas sebagai hadiah untuk ibu,” kata Chungha.

Lagu berkenaan berjudul Goodnight My Princess mengisahkan ibunya yang sering mengucapkan selamat malam setiap kali wanita itu keluar bekerja pada waktu malam.

“Dia membesarkan saya seorang diri di Amerika Syarikat. Jadi saya rasa, dia selalu rasa bersalah sebab saya terpaksa ke sekolah seorang diri ketika waktu kecil,” kata Chungha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI