fbpx

Ainul Mardhiah : Kesan sawan berulang, keadaan pasif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian ibu Ainul Mardhiah mengenai perkembangan terkini anaknya di media sosial.

PETALING JAYA – Ekoran serangan sawan yang berulang, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dimaklumkan berada dalam keadaan sukar bergerak dan dalam keadaan pasif.

Ibunya, Nurul Erwani Zaidi memaklumkan keadaan kesihatan anaknya itu selepas beberapa pemeriksaan kesihatan dibuat pada malam semalam.

“Laporan kesihatan Ainul untuk malam ini, keputusan computerized tomography (CT) otak dan ultra bunyi sudah dikeluarkan. Semua dalam keadaan normal, termasuk otak dan perut Ainul, Alhamdulillah. Allah SWT Maha Penyayang.

“Ainul masih tak berapa bergerak lagi ‘pasif’, mungkin kesan sawan berulang kali semalam. Mungkin dia masih dalam fasa pemulihan dari serangan semalam, penat mungkin. Kita semua doakan supaya semangatnya pulih kembali,” tulisnya di akaun Instagram.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Kesihatan Ainul Mardhiah kembali tidak stabil selepas diserang sawan beberapa kali sejak semalam.

Tambah bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata, doktor masih berusaha merawat anaknya itu dan diminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik untuknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI