fbpx

Polis Kelantan tubuh unit tempur wanita persediaan hadapi PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua kiri) menyampaikan sijil tamat latihan kepada seorang pegawai polis wanita yang menyertai Kursus Asas LSF (Wanita) di padang kawad Batalion 8, Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan menubuhkan Pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) wanita sebagai persediaan bagi mengatasi sebarang situasi melibatkan ancaman ketenteraman awam ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penempatan pasukan itu perlu dalam usaha mengekang sebarang kekecohan berlaku sepanjang proses pilihan raya.

Menurut, LSF wanita itu juga diwujudkan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri yang berperanan menghadapi perusuh ketika tunjuk perasaan dan membantu penguat kuasa tempatan dalam mengawal situasi semasa.

“Pasukan ini digerakkan untuk persiapan pilihan raya selain turut memantau dan membuat rondaan di kawasan ceramah parti politik. Tugas pasukan LSF ini adalah sebagai pengempur ringan menghadapi perusuh.

“Selain daripada itu, pasukan ini juga dapat meningkatkan percambahan idea untuk berfikir secara proaktif dan sebagai latihan membuat penilaian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Penutup Kursus Asas LSF (Wanita) Peringkat Kontinjen Kelantan Siri 1/2022 di padang kawad Batalion 8, Pasukan Gerakan Am di Pengkalan Chepa hari ini.

Dalam kursus itu, seramai 105 anggota dan pegawai wanita menyertai latihan asas LSF yang bermula sejak 31 Julai sehingga semalam.

Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, peserta didedahkan dengan latihan menghadapi gas pemedih mata, kursus asas pengunaan cota atau rotan termasuk perisai yang digunakan bagi menghadapi situasi kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI