fbpx

Piala AFC: Kedah disingkir kelab Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fayadh Zulkifli berjaya menjaringkan gol saguhati pada perlawanan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC ketika tewas 1-2 kepada PSM Makassar sebentar tadi. -FOTO: IHSAN AFC

PETALING JAYA – Rentak sumbang Kedah Darul Aman (KDA FC) berterusan selepas tersingkir pada peringkat separuh akhir zon ASEAN Piala AFC selepas tewas 1-2 kepada kelab Indonesia, PSM Makassar sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali itu, skuad Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Ronald Ngah Wanja dan Mehdi Al Mardi.

Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului menerusi ledakan Yakob Sayuri berjaya menampan masuk bola hantaran Muhammad Rizky Pratama pada minit ke-31.

Bersambung pada babak kedua, skuad kendalian kendalian Bernardo Yavares melebarkan kelebihan hasil jaringan Yuran Fernandes yang menanduk masuk bola sepakan penjuru Muhammad Arfan pada minit ke-54.

Bagaimanapun, tuah memihak kepada KDA FC apabila Fernandes dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua yang menyaksikan Makassar terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Gol yang dicari Sang Kenari akhirnya tiba apabila berjaya meraih jaringan saguhati jasil ledakan Fayadh Zulkifli pada minit ke-86 dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Satu lagi kelab Liga Malaysia, Kuala Lumpur City (KL City) akan bertemu Viettel FC dalam satu lagi perlawanan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC di Ho Chi Minh, Vietnam malam esok. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI