fbpx

Menjadi kesalahan pakai tali pinggang keledar jika memandu di Pulau Hiiumaa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan dilarang melalui jalan tersebut selepas waktu matahari terbenam. - Estormiz/Wikimedia Commons

PULAU HIIUMAA, ESTONIA – Sebatang jalan diliputi ais di Pulau Hiiumaa, Estonia mempunyai undang-undang jalan raya yang pelik, di mana pemandu dan  penumpang dilarang memakai tali pinggang keledar atau memandu pada kelajuan sederhana, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Laluan berais terpanjang di Eropah sejauh 25 kilometer (km) itu turut melarang kenderaan melaluinya selepas waktu matahari terbenam, manakala kelajuan pemanduan antara 25 hingga 40 km sejam adalah dilarang.

Ketika musim sejuk apabila lapisan ais menjadi tebal dan keras, pemandu perlu mematuhi peraturan yang telah digariskan.

Pertama, kelajuan kenderaan yang dibenarkan adalah sama ada kurang daripada 25 km sejam atau melebihi 40 km sejam.

Ini kerana pemanduan pada julat kelajuan tersebut dalam keadaan terlalu lama boleh menyebabkan lapisan ais retak.

Tayar dan pergerakan kenderaan juga dikatakan boleh menghasilkan gelombang. Justeru, memandu dalam tempoh lama boleh membuatkan gelombang tersebut memecahkan permukaan ais di atas jalan.

Selain itu, pemakaian tali pinggang keledar turut menjadi kesalahan kerana sekiranya ais meretak, penumpang perlu keluar dari kenderaan secepat mungkin untuk menyelamatkan diri.

Dalam masa sama, pemandu turut ditegah memberhentikan kenderaan di tepi jalan serta memandu selepas waktu matahari terbenam.

Setiap kenderaan juga perlu mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 250 meter dan memasuki jalan ais pada selang masa sekurang-kurangnya tiga minit. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI