fbpx

Makan dari 7 pagi hingga 3 petang sahaja jika mahu berat badan turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta kajian berjaya menurunkan tekanan darah mereka dalam tempoh 14 minggu. - Getty Images/iStockphoto

WASHINGTON – Sebuah pasukan penyelidik antarabangsa mendapati mengehadkan waktu makan antara pukul 7 pagi hingga 3 petang mampu menurunkan berat badan dan tekanan darah manusia, lapor akhbar New York Post semalam. 

Ujian klinikal yang dilakukan secara rawak ke atas 90 orang dewasa obes di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang makan dalam tempoh waktu tersebut turun kira-kira 2.3 kilogram (kg) berbanding kumpulan yang makan dalam tempoh lebih 12 jam. 

Tekanan darah peserta kajian juga turun selama 14 minggu. 

“Pemakanan terhad awal waktu (ETRE) mungkin merupakan rawatan yang berkesan untuk obesiti dan hipertensi.

“Ia juga baik untuk emosi kerana mengurangkan keletihan dan kemurungan. Mereka yang boleh bertahan mengamalkan ETRE kehilangan lebih banyak lemak dalam badan,” kata penulis kajian.

Kajian itu dijalankan pada Ogos 2018 hingga April 2020. Peserta kajian adalah orang dewasa obes berusia 25 hingga 75 tahun yang menerima rawatan penurunan berat badan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI