fbpx

KPM perkukuhkan Pentaksiran Bilik Darjah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KUALA LUMPUR – Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 akan diperkukuhkan mulai tahun ini dengan menambah baik pengurusan ujian akhir sesi akademik melalui penyediaan soalan yang setara standardnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd. Radzi Md Jidin berkata, soalan tersebut bakal disediakan oleh guru pakar dalam pembinaan item dan disimpan dalam sistem bank soalan yang dibangunkan oleh KPM.

“Untuk tujuan pelaksanaan ujian akhir sesi akademik, pihak sekolah akan menjana set soalan daripada sistem tersebut dan ditadbir di sekolah seperti mana ujian akhir tahun sebelum ini.

“Panduan penskoran juga akan disediakan untuk kemudahan guru. Penambahbaikan kepada ujian akhir sesi akademik ini adalah bagi membolehkan guru dan ibu bapa bersama-sama membantu membangunkan potensi murid bermula daripada peringkat sekolah rendah,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu adakah sekolah dan guru sudah bersedia dalam pedagogi pengajaran, pengurusan dan penilaian murid-murid setelah peperiksaan PT3 dihapuskan.

Katanya, dalam mencapai hasrat ini, pelaporan ujian akhir sesi akademik akan digunakan untuk membolehkan intervensi awal dilakukan bagi mengoptimumkan potensi murid. Pelaporan ini bukan untuk tujuan perbandingan pencapaian antara murid atau sekolah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI