fbpx

KPDNHEP pantau barang melalui Ops ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol Wahid.

KUALA LUMPUR – Sejak 23 Jun lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan Ops ATM membabitkan barang kawalan seperti ayam, telur dan minyak masak secara harian di setiap peringkat rantaian pembekalan dan pengedaran.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, operasi itu bertujuan memastikan bekalan adalah stabil dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan serta keperluan harian di pasaran selaras dengan Kempen Anti Sorok yang dilancarkan awal tahun lalu.

“Ops ATM juga bertujuan memastikan harga yang dijual bermula 1 Julai lalu tidak terlalu tinggi sehingga menyebabkan kegusaran kepada masyarakat dan bagi mengekang peniaga yang tidak beretika daripada mengambil keuntungan secara tidak munasabah.

“Kementerian juga melaksanakan beberapa inisiatif untuk menangani kegiatan sorok seperti pemeriksaan dan pengauditan di setiap peringkat rantaian pengedaran minyak masak melalui aktiviti semakan Rancangan Pra Penghantaran,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator N. Balasubramaniam yang bertanyakan usaha kementerian bagi menangani barang kawalan yang disorok seperti minyak paket bersubsidi dan beberapa barangan kawalan lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI