fbpx

Jelajah 90 Suria FM terjah empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JELAJAH 90 Suria sudah mula menerjah empat negeri di seluruh Semenanjung bermula dengan zon Pantai Timur iaitu di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu diikuti utara, selatan dan Putrajaya. - SHIDDIEQIIN ZON

SELEPAS dua tahun tidak dapat diadakan ekoran penularan wabak maut Covid-19, stesen radio popular Suria FM kembali memulakan penganjuran siri jelajah buat kali ketiga.

Bagi edisi terbaharu kali ini, siri jelajah kembali dengan sentuhan berbeza dengan kemunculan pentas Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL bagi mengembalikan nostalgia lagu-lagu zaman 1990-an.

Pengurus Besar Suria, Roslinda Abdul Majid atau mesra disapa DJ Lin berkata, siri jelajah tersebut akan diadakan di empat lokasi berbeza bermula Sabtu lalu.

Dimulakan dengan lokasi pertama di Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang, Aman Central Alor Setar, Kedah (13 Ogos), Paradigm Mall, Johor Bahru (20 Ogos) dan terakhir di IOI Mall Putrajaya (27 Ogos).

“Tema siri jelajah ini sejajar dengan konsep radio Suria FM yang sentiasa memainkan lagu-lagu hit 1990-an selain bertujuan mengembalikan nostalgia karya yang pernah menjadi fenomena.

“Banyak tarikan menarik menanti pengunjung antaranya sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah istimewa seperti empat buah motosikal, empat buah basikal lipat, barangan elektrik dan pakej percutian yang secara keseluruhannya bernilai RM100,000,” katanya.

DJ Lin berkata demikian pada sidang akhbar Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bersama beberapa barisan artis yang terlibat di Wisma Kak Ell di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tambah DJ Lin yang popular menerusi slot Suria Cinta, jelajah kali ini turut membawakan aktiviti pentas yang jauh lebih menarik dengan menampilkan kumpulan busker sebagai persembahan pembukaan termasuk pengasas produk Kak Ell yang turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa.

“Kami mengharapkan siri jelajah kali ini akan mendapat sambutan hangat daripada semua pihak dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara,” katanya.

Sementara itu, penyanyi muda berbakat besar Fieya Julia mengakui tidak sabar kembali beraksi bersama barisan artis lain dalam siri jelajah yang disertainya nanti.

“Lebih dua tahun saya dan rakan-rakan artis lain tidak dapat buat persembahan luar disebabkan pandemik. Jadi, inilah masa yang dinanti-nantikan.

“Buat semua pendengar Suria FM dan peminat, datanglah beramai-ramai memeriahkan acara yang akan berlangsung di lokasi anda nanti,” katanya yang bukan kali pertama menyertai siri jelajah tersebut.

Antara barisan artis yang akan memeriahkan siri jelajah Suria FM termasuklah Ziana Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Zamani Slam, Amir UK’s, Alim Kris, Liza Hanim, Amelina, Muss (May), Safura, Hatta Junction dan Kumpulan Boboy.

Turut serta Poey Stings, Renggo (Arrow), Rahmad Mega, Man Bai, Wan (Lestary), Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Ara Johari, Afieq Shazwan, Dolla, Tajul, Wany Hasrita, Yonnyboii, Insomniacks, Floor 88, Nabila Razali dan Iman Troye.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI