fbpx

Jangan ‘sentap’ jika dihina Chatbot Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meta berusaha untuk meminimumkan penggunaan perkataan tidak sopan, berbaur penghinaan atau ayat-ayat yang menyentuh sensitiviti budaya. – Getty Images

WASHINGTON – Syarikat pengendali Facebook, Meta  memberi amaran bahawa fungsi terbaharu chatbot pada laman  sosial tersebut berupaya untuk berbohong dan mengeluarkan komen berunsur penghinaan kepada pengguna, lapor akhbar Daily Star semalam.

Chatbot BlenderBot3 itu masih di peringkat ujian  oleh pengguna di Amerika Syarikat.

Meta berkata,  aplikasi kepintaran buatan(AI) tersebut boleh membuat pencarian internet dan berbual mengenai hampir semua topik dengan pengguna.

Ia berupaya menambah baik fungsinya dengan mempelajari skil komunikasi berdasarkan perbualan dengan manusia.

Meskipun direka untuk membantu Meta mewujudkan sistem perbualan berasaskan AI, syarikat gergasi teknologi itu mengakui bahawa chatbot tersebut mempunyai masalah ‘sikap’.

“Pengguna perlu tahu meskipun kami cuba mengurangkan isu seperti itu, chatbot tersebut mungkin agak kurang sesuai, biadap atau mengeluarkan kenyataan palsu serta bercanggah.

“Komen-komen itu tidak mewakili pendirian Meta sebagai sebuah syarikat dan tidak sepatutnya dijadikan sumber maklumat seperti nasihat undang-undang atau kewangan,” demikian menurut Meta menerusi kolum soalan yang sering ditanya (FAQ).

Tambah Meta, ia  berusaha untuk meminimumkan penggunaan perkataan tidak sopan, berbaur penghinaan atau ayat yang menyentuh sensitiviti budaya oleh BlenderBot3.

Menurut Daily Star, antara penyebab kepada masalah tersebut adalah kecenderungan AI dipengaruhi oleh kandungan internet.

Ini kerana terdapat banyak unsur  tidak sopan, menghina dan kandungan dewasa di internet. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI