fbpx

Indonesia tangguh kenaikan bayaran ke Pulau Komodo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenaikan harga bayaran memasuki Pulau Komodo dan Pulau Padar akan ditangguh sehingga 1 Januari 2023. - Fokus Nusa Tenggara

JAKARTA – Pemerintah Wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) mengumumkan penangguhan kadar bayaran  baharu untuk mengunjungi kawasan pelancongan Pulau Komodo dan Pulau Padar sehingga 1 Januari 2023, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

“Pemerintah Wilayah NTT  memberikan penangguhan selama lima bulan bagi kadar bayaran baharu ke Pulau Komodo dan Pulau Padar. Bagaimanapun, tarif lama akan tetap dikenakan kepada pengunjung

“Tarif baru 3.75 juta rupiah (RM1,120) akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2023,” kata Ketua Bahagian Pelancongan NTT Timur, Zeth Sony Libing.

Menurutnya, sepanjang tempoh Ogos hingga Disember 2022, pelancong domestik dan asing yang memasuki Pulau Komodo dan Padar akan mengenakan tarif lama iaitu 75 ribu rupiah (RM22) untuk pelancong domestik dan Rp 150 ribu (RM44) untuk pelawat asing.

Jelasnya, penangguhan tersebut merupakan saranan Presiden Joko Widodo dan disokong sejumlah tokoh masyarakat di Kabupaten Manggarai Barat, NTT.

Menurutnya, selama lima bulan akan datang, Pemerintah NTT akan menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan pelancongan Pulau Komodo dan Pulau Padar.

Beliau berkata, pelancong yang ingin membeli tiket masuk ke Pulau Komodo dan Padar untuk kunjungan bermula 1 Januari 2023 sudah boleh mendaftar melalui aplikasi INISA milik PT Flobamor.

“Pelancong yang ingin membeli tiket masuk ke Pulau Komodo dan Padar kini boleh dibuat untuk melakukan lawatan pelancong mulai 1 Januari 2023,” kata Zeth. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI