fbpx

EPL: Rodgers kecewa pemain gagal pertahan kelebihan dua gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CASTAGNE terlebih dahulu meletakkan Leicester di hadapan, namun mereka gagal mempertahankan kelebihan apabila diikat Brentford 2-2 kelmarin. – AFP

LEICESTER – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers menyuarakan rasa kecewa selepas skuad kendaliannya sekadar seri 2-2 menentang Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power malam kelmarin.

Meskipun sudah mendahului 2-0 menerusi jaringan Timothy Castagne dan Kiernan Dewsbury-Hall, namun The Foxes gagal mempertahankan kedudukan apabila membenarkan Brentford bangkit dengan dua gol menerusi Ivan Toney dan Josh Dasilva.

Rodgers berkata, skuad kendaliannya menampilkan aksi cukup baik sepanjang 60 minit, namun selepas Brentford bangkit dengan satu gol, segalanya serba tidak menjadi buat pemain-pemain Leicester.

“Saya fikir kami bermain sa­ngat baik sepanjang 60 minit permainan sebelum hilang fokus sehingga membolehkan pasukan lawan bangkit. Sudah tentu saya sangat kecewa kerana kami gagal untuk dapatkan tiga mata.

“Ketika kedudukan 2-1, perlawanan seolah-olah berubah sekelip mata apabila mereka mula mendapat momentum. Gol kedua mereka sepatutnya boleh dielakkan jika kami lebih fokus dari segi pertahanan,” katanya.

Justeru, beliau berharap pemain-pemainnya menjadikan keputusan itu sebagai pengajaran bagi menampilkan aksi lebih baik selain menganggap perbezaan dua gol langsung tidak beri kelebihan kepada pasukan.

“Fokus selepas ini adalah untuk pastikan pasukan sentiasa konsisten sepanjang 90 minit. Dalam saingan EPL, kedudukan 2-0 langsung tidak memberi jaminan untuk memenangi perlawanan,” ujar Rodgers. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI