fbpx

Dr. Nur Amalina mohon doa orang ramai buat Ainul Mardhiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Nur Amalina turut menitipkan doa buat Ainul Mardhiah.

PETALING JAYA – Keadaan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang dikatakan agak ‘teruk’ ketika ini apabila telah diserang sawan beberapa kali sejak semalam turut mendapat perhatian daripada pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri.

Beliau yang sebelum ini pernah membantu Ainul Mardhiah menjalani pembedahan di London pada 2019 bagi membuang tumor seberat 200 gram turut bersedih mendengar perkhabaran terkini kesihatan kanak-kanak tersebut seperti mana dikongsikan oleh bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di Facebook hari ini.

Dr. Nur Amalina menerusi hantaran terkini di InstaStory miliknya memohon doa daripada orang ramai agar dapat memberi semangat buat Ainul Mardhiah dan keluarga.

Pada masa sama, beliau turut menitip doa supaya Ainul Mardhiah kuat melawan penyakit yang dihadapinya, sepertimana dia berjaya mengharungi pembedahan ketumbuhan sebelum ini

“Bismillah, mari kita sama-sama doakan untuk Ainul Mardhiah.

“Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kesembuhan kepadanya dan kekuatan buat ibu bapanya. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Besar lagi Maha Penyayang, kami semua sayang Ainul Mardhiah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI